Friday, July 29, 2011

Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ada menceritakan perihal seorang Wanita Muumisah (Wanita Pelacur) yang diampunkan dosa-dosanya. Lalu dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing yang sedang dahaga kehausan.

غفر لامرأة مومسة مرت بكلب على رأس ركي يلهث قال كاد يقتله العطش
 فنـزعت خفها فأوثقته بخمارها فنـزعت له من الماء فغفر لها بذلك

"Di ampun dosa seorang perempuan lacur yang lalu dengan seekor anjing yang berada di atas telaga dan (anjing itu) menghulur (menjelir) lidah (kerana kehausan). Hampir-hampir dahaga itu membunuhnya. Lalu perempuan itu mencabut kasutnyadan diikat kasutnya dengan selendangnya untuk dihulurkan ke dalam telaga. Lalu diangkat air dan diberi minum kepada anjing tersebut. Maka, diampunkan dosa-dosanya dengan perbuatan tersebut."

Hadis ini memberi beberapa pengajaran yang penting untuk kita melihat segala kemungkinan dalam ketentuan Allah S.W.T.

Luasnya rahmat Allah mengatasi murka Allah Taala.

وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ
"Dan rahmatKu luas meliputi setiap sesuatu"

Secebis kebaikan yang kita lakukan mungkin saja membebaskan kita dari azab serta menghapuskan kejahatan yang telah kita lakukan.

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ
"Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan"

Hukum Menegur 

Jika mereka adalah orang yang bukan bawah tanggungan kita seperti kawan2 dan atau orang ramai maka hukum menegur atau menasihat tentang kesalahannya itu adalah fardu kifayah. Jika mereka tidak endah atau tidak mempedulikan dengan teguran kita itu, maka terlepaslah sudah tanggung jawab kita menegur mereka kerana kewajipan tersebut akan di teruskan oleh orang lain pula.

TETAPI.....

Firman Allah S.W.T, surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Sejak dua menjak ni aku rasa cm xde mood.. lg2 keje kat tempat baru.. banyak benda nak kene belajar, dengan anak tetiba demam selesama..mmg kurang  rest sgt2.. tadi balik je keje..masuk2 kete nampak paper ari ni... selak punya selak..nampak la gambar ni.. nak menitik air mata aku pikir kan kalau itu adalah aku dan anak dalam peganggan tu adalah Tareef Riezqy...

Seksanya hidup orang2 Somalia.. dari aku kecik sampai la aku dah tua aku dgr cerita sedih je pasal diorg ni.. 
Bukan ape.. Aku terpikir..tiap saat aku asyik mengeluh...tiap saat aku asyik merungut... tp rupa2nya ada orang yang lagi terseksa idop mereka daripada aku.. apa la beratnya masalah aku kalau nak dibandingkan dengan apa yg mereka harungi... macam xnampak jalan penyelesaian..hanya mampu berdoa..mengharap agar ade keajaiban yang berlaku dari Allah.. 


Di saat aku selalu membazirkan sebutir nasi dipinggan..mereka? Agaknya ape la Hikmah disebalik azab yang mereka lalui skarang ni kan.. aku sedih bila kenangkan ape la nasib kanak2..kenapa diorg stil nak mengandung n nak beranak kalau tau ape kesan nya? mungkin mereka xde didikan yg lebih terperinci.

Ya Allah Ya Tuhan ku... Engkau berikan la sedikit kenikmatan hidup kepada mereka sama seperti apa yang telah Engkau berikan kepada ku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa Engkau pencipta yang Maha menyanyangi.. Maha adil..Maha mengetahui...Amin

Wednesday, July 6, 2011

Bersih ke?

Salam korang semua.. ;)

Hari ni letih gile.. nk aku syer kan ngan korang..pagi tadi mase nk p kerja, jemmmmm mak aiii gile panjang kat kesas..kat bandar sunway pon jem gak..road block sane sini bersepak..kekadang pikir ape kejadahnye buat road block pg2 bute org nak p kerja..kasi panas je..yela kang kalau sampai opis lambat kang bg alasan jalan jem ade road block agak2 bos leh accept ke? huhuhuhuh.. tp bile dipikir2 balik..patut plak..bile aku dgr budak2 opis kecoh2 pasal "perhimpunan bersih" 9 July ni??? nape la nak rusuh sane sini..nk bermogok sane sini..keadaan negara kite skang kan dah aman..kalau ade kecoh2 macam ni..

org luar dok memerhati tu..ade je pihak2 yang tak bertanggungjawab akan cube ambik kesempatan.. kepada yg bekerluarga plak..pikir2 la anak bini kat umah.. aku takut..aku takut tgk negara2 luar yg xtenteram..bunuh sane sini..mayat berteraburan.. kanak2 yg kurang makan..negara jd mundur n miskin.. ape la yg kite dapat? 

Aku sebenarnye xpaham pon sgt pasal perhimpunan bersih ni..dok dgr org2 ckp cm tu la..bukan xberminat nk ambik tau hal negara sendiri..tp kalau aku ambik tau aku jd pobia...pobia takut kite akan jadi negara seterusnye mcm negara2 lain yg kucar kacir..xbebas..idup dalam ketakutan..