السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai semua kawan²..
Al Kisah aku tetibe nak mencoret pasal topik kali ni adalah selepas aku terbaca 1 kisah dr kawan aku kat FB yg menceritakan tentang kawan² 1 opis yg sering mengumpat satu sama lain, benci n dengki satu sama lain jatuh menjatuhkan satu sama lain dan secara tak sedar sebenarnye pahala yang sepatutnye kita peroleh apabila berniat mencari rezeki membantu keluarga bertukar kepada DOSA.
Sebenarnye ini jugak di tujukan untuk diri aku, yela kite ni manusia memang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, kekadang kite rasa kite disenangi oleh semua pihak, hakikatnye kite tak sedar kadang² tingkah laku n percakapan kite membuatkan orang lain rasa tidak senang dan tidak selesa. Kite semua dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing².
Mungkin kawan kite ni sendiri tidak sedar apa yang dia lakukan itu adalah salah dan tidak selesa di mata kwn². Tegur la secara berdepan, berjumpa atau sebagainye (email / surat layang / comail ..huhu ) sekiranya ada perkara yang membuatkan kite tidak selesa dengan dia, jangan la kite mendengar dari orang tengah, aku tak cakap orang tengah itu fitnah tetapi selalunya ape yang disampaikan oleh orang tengah tidak sama dengan niat atau perasaan sebenarnye tuan empunya cerita. Sebenarnye kalau korang sedar bila kite bercakap² dibelakang tanpa mengetahui sehahihan cerita, lebih banyak menimbulkan fikiran negative kepada pihak2 lain. Dan percaya atau tidak, sekiranya SI DIA yang bergelar sahabat tu boleh bercakap keburukan kawan dia kepada orang lain tidak mustahil SI DIA juga boleh bercakap tentang keburukan kite kepada orang lain.
Mesti ramai antara kite akan cakap “ala bende² remeh pon nk kecoh”, sedar tak korang semua sebenarnye benda² remeh ni kalau dibiar boleh memakan hati, dari bende remeh lama² menjadi benci.
Syaitan pon suke kalau kite semua benci satu sama lain. Padahal kadang² kite sendiri pon tak sedar kenapa kite membeci si dia. “pehal plak aku benci minah ni, padahal aku cume dengar cite dr kawan² yg dia ni tuttttt” ….
Akhir kata, aku bercakap secara general, bukan untuk sesiapa. Aku jugak tidak sempurna, tolong la ingatkan aku tegur la aku sekiranya apa yang aku lakukan tu membuatkan semua kawan² rasa tidak senang dan tak selesa atau pendek kata “menyakitkan hati la minah ni” huhuu .. Aku pon nak mintak maap kat korang semua, sekirenya aku tak sedar atau aku sedar J atau aku sengaja telah membuatkan korang kecik hati, kecik ginjal dan sebagainye :/ apa yang aku harapkan, semoga kite menjadi SAHABAT di dunia dan ahirat.. amin..
FIRMAN Allah SWT:Yang bermaksud:
"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."
(Surah Al-Hujurat: ayat 12)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)