Monday, September 16, 2013

SAHABAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua kawan²..

Al Kisah aku tetibe nak mencoret pasal topik kali ni adalah selepas aku terbaca 1 kisah dr kawan aku kat FB yg menceritakan tentang kawan² 1 opis yg sering mengumpat satu sama lain, benci n dengki  satu sama lain jatuh menjatuhkan satu sama lain dan secara  tak sedar sebenarnye  pahala yang sepatutnye kita peroleh apabila berniat mencari rezeki membantu keluarga bertukar  kepada DOSA.

Sebenarnye ini jugak di tujukan untuk diri aku, yela kite ni manusia memang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, kekadang kite rasa kite disenangi oleh semua pihak, hakikatnye kite tak sedar kadang² tingkah laku n percakapan kite membuatkan orang lain rasa tidak senang dan tidak selesa. Kite semua dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing².

Mungkin kawan kite ni sendiri tidak sedar apa yang dia lakukan itu adalah salah dan tidak selesa di mata kwn².  Tegur la secara berdepan, berjumpa atau sebagainye (email / surat layang / comail ..huhu ) sekiranya ada perkara yang membuatkan kite tidak selesa dengan dia, jangan la kite mendengar dari orang tengah, aku tak cakap orang tengah itu fitnah tetapi selalunya ape yang disampaikan oleh orang tengah tidak sama dengan niat atau perasaan sebenarnye tuan empunya cerita. Sebenarnye kalau korang sedar bila kite bercakap² dibelakang tanpa mengetahui sehahihan cerita,  lebih banyak menimbulkan fikiran negative kepada pihak2 lain. Dan percaya atau tidak, sekiranya SI DIA yang bergelar sahabat tu boleh bercakap keburukan kawan dia kepada orang lain tidak mustahil SI DIA juga boleh bercakap tentang keburukan kite kepada orang lain.

 Mesti ramai antara kite akan cakap “ala bende² remeh pon nk kecoh”, sedar tak korang semua sebenarnye benda² remeh ni kalau dibiar boleh memakan hati, dari bende remeh lama² menjadi benci.
Syaitan pon suke kalau kite semua benci satu sama lain. Padahal kadang² kite sendiri pon tak sedar  kenapa kite membeci si dia. “pehal plak aku benci minah ni, padahal aku cume dengar cite dr kawan² yg dia ni tuttttt” ….

Akhir kata, aku bercakap secara general, bukan untuk sesiapa.  Aku jugak tidak sempurna, tolong la ingatkan aku tegur la aku sekiranya apa yang aku lakukan tu membuatkan semua kawan² rasa tidak senang dan tak selesa atau pendek kata “menyakitkan hati la minah ni” huhuu .. Aku pon nak mintak maap kat korang semua, sekirenya aku tak sedar atau aku sedar J atau aku sengaja telah membuatkan korang kecik hati, kecik ginjal dan sebagainye  :/  apa yang aku harapkan, semoga kite menjadi  SAHABAT  di dunia dan ahirat.. amin..

FIRMAN Allah SWT:Yang bermaksud:

"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."

(Surah Al-Hujurat: ayat 12)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sunday, September 8, 2013

Alahan boleh menyebabkan KEMATIAN mengejut!

Salam semua.. Lama gila tak mencoret kat blog ni, almaklum lah laptop dah bagi kat adik. Tapi hari ni tetiba ada satu perasaan plak nak mencoret, semua gara-gara hal hero kecik aku yang demam dah dekat seminggu dan tetiba naik bintik2 merah pagi sabtu semalam. 

Apa lagi aku ni ada masalah tahap kerisauan yg melampau, ye la anak pon ade sorang ni je la masih belum ada rezeki yg kedua ketiga keempat kesepuluh dan seterusnya.. hihihi biar ramai anak senang nanti bila dah tua. 
Mula2 mmg aku ingat dia kena denggi, almaklum la skang ni merata2 demam denggi, kebetulan en hubby tak ada rumah sbb bekerja, so petang tu baru aku bawak dia check-up ke KPJ Selangor (com. en hubby cover, kalau x, klinik 1 malaysia je ;) ) disebabkan sabtu n dh malam yg ada cuma dokter MO je, biasa la xbest sgt, klu tak kami slalu jumpe dokter HOE, dia sangat bgs. Selepas dokter tu check dia ckp alahan, sbb dia macam bengkak2 kecil seperti gigitan nyamuk, maybe alahan kepada makanan atau persekitaran. 

So sampai je umah aku terus cari en GOOGLE, nak kongsi sikit ngan korang semua, jom tengok.

Terdapat  beberapa jenis alahan, seperti : 

1. Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Gejala :
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di
    • Tekak
    • Hidung
    • Mulut
    • Mata
    • Kulit
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
2. Alahan terhadap makanan

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.
3. Alahan terhadap ubat-ubatan

 Gejala
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.
  • Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
    • Penyumbatan rongga hidung.
    • Sukar bernafas.
    • Batuk.
    • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
    • Pening.
    • Keliru.
    • Sakit/kekejangan otot abdomen.
    • Loya, muntah.
    • Cirit-birit.
4. Alahan Konjunktivitis

 Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.

Dan anak aku lak dalam kategori ke tiga tu, sbb dia pon ada cirit birit. mmg sangat susah ati sbb aku sendiri pon xpasti dia alah kepada apa, aku kenal dr simptom2 yg dia alami je. Sampai ke ari ni dia still lagi naik bintik2 tu, tapi bukan seharian, dia xmenentu. Aku pon dah sapu ubat yg aku dapat semalam tp stil macam xberhasil. Badan dia xberapa panas, suhu 37c agak dedor la. So memadangkan dah dekat seminggu demam still xkebah walaupon dah makan ubat, then selera makan dia merosot teruk ditambah pulak dengan cirit birit then aku buat keputusan untuk check-up kedua esok dengan Dokter Hoe. Hopefully en suami boleh tolong bawak kan, sbb aku kerja n xboleh cuti :( 

OPppsss!!!! Lupe nak ingat kan.. korang mesti ingat 'Ala alahan je pon, bukan demam panas or demam teruk" JGNNN main2. Ape yg aku dapat ilmu hari ni dari en GOOGLE, ada jenis2 alahan yang boleh menyebabkan KEMATIAN MENGEJUT!!! dalam masa 15minit sahaja.. HA risau tak??? 
Ok la semoga serba sedikit dapat berkongsi dengan korang semua. Nanti aku update lg ye..