Sunday, September 8, 2013

Alahan boleh menyebabkan KEMATIAN mengejut!

Salam semua.. Lama gila tak mencoret kat blog ni, almaklum lah laptop dah bagi kat adik. Tapi hari ni tetiba ada satu perasaan plak nak mencoret, semua gara-gara hal hero kecik aku yang demam dah dekat seminggu dan tetiba naik bintik2 merah pagi sabtu semalam. 

Apa lagi aku ni ada masalah tahap kerisauan yg melampau, ye la anak pon ade sorang ni je la masih belum ada rezeki yg kedua ketiga keempat kesepuluh dan seterusnya.. hihihi biar ramai anak senang nanti bila dah tua. 
Mula2 mmg aku ingat dia kena denggi, almaklum la skang ni merata2 demam denggi, kebetulan en hubby tak ada rumah sbb bekerja, so petang tu baru aku bawak dia check-up ke KPJ Selangor (com. en hubby cover, kalau x, klinik 1 malaysia je ;) ) disebabkan sabtu n dh malam yg ada cuma dokter MO je, biasa la xbest sgt, klu tak kami slalu jumpe dokter HOE, dia sangat bgs. Selepas dokter tu check dia ckp alahan, sbb dia macam bengkak2 kecil seperti gigitan nyamuk, maybe alahan kepada makanan atau persekitaran. 

So sampai je umah aku terus cari en GOOGLE, nak kongsi sikit ngan korang semua, jom tengok.

Terdapat  beberapa jenis alahan, seperti : 

1. Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Gejala :
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di
    • Tekak
    • Hidung
    • Mulut
    • Mata
    • Kulit
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
2. Alahan terhadap makanan

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.
3. Alahan terhadap ubat-ubatan

 Gejala
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.
  • Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
    • Penyumbatan rongga hidung.
    • Sukar bernafas.
    • Batuk.
    • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
    • Pening.
    • Keliru.
    • Sakit/kekejangan otot abdomen.
    • Loya, muntah.
    • Cirit-birit.
4. Alahan Konjunktivitis

 Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.

Dan anak aku lak dalam kategori ke tiga tu, sbb dia pon ada cirit birit. mmg sangat susah ati sbb aku sendiri pon xpasti dia alah kepada apa, aku kenal dr simptom2 yg dia alami je. Sampai ke ari ni dia still lagi naik bintik2 tu, tapi bukan seharian, dia xmenentu. Aku pon dah sapu ubat yg aku dapat semalam tp stil macam xberhasil. Badan dia xberapa panas, suhu 37c agak dedor la. So memadangkan dah dekat seminggu demam still xkebah walaupon dah makan ubat, then selera makan dia merosot teruk ditambah pulak dengan cirit birit then aku buat keputusan untuk check-up kedua esok dengan Dokter Hoe. Hopefully en suami boleh tolong bawak kan, sbb aku kerja n xboleh cuti :( 

OPppsss!!!! Lupe nak ingat kan.. korang mesti ingat 'Ala alahan je pon, bukan demam panas or demam teruk" JGNNN main2. Ape yg aku dapat ilmu hari ni dari en GOOGLE, ada jenis2 alahan yang boleh menyebabkan KEMATIAN MENGEJUT!!! dalam masa 15minit sahaja.. HA risau tak??? 
Ok la semoga serba sedikit dapat berkongsi dengan korang semua. Nanti aku update lg ye.. 



No comments: