Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ada menceritakan perihal seorang Wanita Muumisah (Wanita Pelacur) yang diampunkan dosa-dosanya. Lalu dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing yang sedang dahaga kehausan.
غفر لامرأة مومسة مرت بكلب على رأس ركي يلهث قال كاد يقتله العطش
فنـزعت خفها فأوثقته بخمارها فنـزعت له من الماء فغفر لها بذلك
"Di ampun dosa seorang perempuan lacur yang lalu dengan seekor anjing yang berada di atas telaga dan (anjing itu) menghulur (menjelir) lidah (kerana kehausan). Hampir-hampir dahaga itu membunuhnya. Lalu perempuan itu mencabut kasutnyadan diikat kasutnya dengan selendangnya untuk dihulurkan ke dalam telaga. Lalu diangkat air dan diberi minum kepada anjing tersebut. Maka, diampunkan dosa-dosanya dengan perbuatan tersebut."
Hadis ini memberi beberapa pengajaran yang penting untuk kita melihat segala kemungkinan dalam ketentuan Allah S.W.T.
Luasnya rahmat Allah mengatasi murka Allah Taala.
وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ
"Dan rahmatKu luas meliputi setiap sesuatu"
Secebis kebaikan yang kita lakukan mungkin saja membebaskan kita dari azab serta menghapuskan kejahatan yang telah kita lakukan.
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ
"Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan"
Hukum Menegur
Jika mereka adalah orang yang bukan bawah tanggungan kita seperti kawan2 dan atau orang ramai maka hukum menegur atau menasihat tentang kesalahannya itu adalah fardu kifayah. Jika mereka tidak endah atau tidak mempedulikan dengan teguran kita itu, maka terlepaslah sudah tanggung jawab kita menegur mereka kerana kewajipan tersebut akan di teruskan oleh orang lain pula.
TETAPI.....
Firman Allah S.W.T, surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

No comments:
Post a Comment