Wednesday, May 4, 2011

Bodohnya seseorang boleh dilihat dr percakapannya..


Salam semua..

Korang penah tak, di tegur dengan seseorang tapi dalam cara yang salah? Yela kan kalau yg tegur tu family kite sendiri dengan nada yg kasar xapa lg sebb family kite lebih tahu siapa sebenarnya diri kite.. tp dengan org sekeliling? Atau kawan² di alam maya ni?
Al-kisahnya kan aku ternampak la sorang mamat ni, dia tegur sorang minah ni yg dia sendiri pon ntah kenal ke x.. tp ayat dia mmg kasar gile..n bile aku baca komen² dia.. ala² org jahil yg belagak bijak pon iye.. yela bila aku tegur mamat tu dgn cara baik, dgn² aku mamat tu bodoh² kan.. tp kite xblh cepat melatahkan.. biar la dia dengan peragai dia.. xtau la dia dh kawin ke blom..tp aku rase kalau mulut cm tu..xtau la sape tuan empunya suami/pakwe tu.. sian makwe/isteri dia kan..
 Aku xde niat pon nak sokong sesape..Cuma tegur tu biar la dengan cara nya..bukan dengan seakan2 memalukan atau mengherdik seseorang.. sedang kan terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesame Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

So sebelum buat sesuatu, pikir2 kan la kesannya kepada diri sendiri mahu pon pada orang lain kan.. ;)

2 comments:

Zil-el-Saif @ The Encik Saif said...

Teguran yang terbaik disertai doa.
----

“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

Aisha Zakhad said...

betul tu Zil-el-Saif @ The Encik Saif.. bukan dengan cara menghina/mengherdik/mengaibkan org..