Thursday, May 12, 2011

Hukum wasiat organ badan

Salam korang semua..

Rasenya ramai yg dah tau kot ape hukum menderma/mewasiatkan organ badan korang selepas kematian. tapi aku still lagi dok dgr suare2 org dok bertanye²..maybe ade yg was².. aku sendiri pon kekadang tertanya²..so pagi ni, dengan rajinnye aku pon search la pakcik google kite..keputusannye ialah.. 

ISLAM membenarkan pemindahan organ seperti hati, buah pinggang, kornea mata dan jantung daripada penderma sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia kepada pesakit.

Dengan pemindahan organ terbabit mungkin dapat menyembuhkan pesakit atau menyelamatkan nyawanya. Beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya keselamatan serta kemudaratan kepada penderma dan pesakit.

Syarat asas rawatan ialah ia satu-satu rawatan yang boleh menyelamatkan pesakit, peratus kejayaannya tinggi, penderma bersetuju sebelum kematiannya dan persetujuan pesakit. 

OPppss.. tapi bagi penderma yang masih hidup tidak harus bagi mereka untuk menderma organ kerana boleh memberi kemudaratan kepada dirinya serta kepada mereka yang mempunyai hak ke atasnya seperti suami/isteri.

So xsalah la kan kalau kite p daftar nama kite untuk penderma organ selepas meninggal nanti.. paling tidak kite dapat gak bantu pesakit yg betul² memerlukannya untuk meneruskan perjuangan mereka kat BUMI yg indah ini.. 

Bagi aku, banyak2 sakit..aku takut sgt Sakit Buah Pinggang, Kerosakan buah pinggang adalah masalah yang progresif. Ia tidak boleh disembuhkan dengan hanya memakan ubat. Rawatan ketika ini ialah dialisis (haemodialisis dan peritoneal dialisis), selain pemindahan organ.
ni la proses dialisis yg akan dijalani oleh pesakit buah pinggang

Ha ni pic buah pingang kite..korang bezakan la
eee..takut kan
Bile aku slalu tgk bos aku balik dari dialisis..Ya Allah seksanya dia..tebuk sane tebuk sini.. So mari la kite same2 menjaga kesihatan..rajin kan senaman n kurangkan lah makanan yg xbaik tu.. ;)

1 comment:

DCheap Catering Services said...

ish..cam mane plak iklan tu leh ade tgh2 dunia tu..hiihihi.. good marketing!