Thursday, May 12, 2011

sakit angau!

sebelum adalah GEMUK selepas adalah SLIM river









Salam semua..
Hari ni nak bergosip plak..biase la perempuan kalau xbergosip tak sah kan.. hahaha.. bukan pe saje melepaskan rase tension dalam otak aku ni..so aku pon mencoret la kejap kat cini huhu..
Korang rase ape sebabnye seseorang tu yg dulu baik, sopan santun penyanyang tetibe bila dah glamour atau bile dah cun dan digilai ramai, dia berubah? Walaupon dah bersuami dan beranak pinak.. huhuhu.. bukan pe, sejak dua menjak ni aku rase bayak sangat la kes yg aku jumpe, si isteri mengandungkan anak kekasih la..pastu dulu xglamour..xcantik then tetibe kawan plak ngan kawan yg vogue terus berubah..nak vogue gak kan..bile dah cun..tinggal anak/suami.. bukan nak kutuk kaum sendiri..cume sejak dua menjak ni macam2 kerenah kaum hawa yg aku Nampak.. semoga kite dijauhkan dr semua tu..amin ;)

al-kisahnye..aku bace la metro td..cite pasal Saidah..kakak siti nurhaliza tu.. mase proses perbicaraan dia kat mahkamah.. dia cakap kat hakim :-

"Isteri saya sakit...sakit angau, jika tiada gangguan orang ketiga kami boleh berbaik,”

“Sudah bermacam cara saya buat untuk kami berbaik. Keluarga juga tidak percaya daripada seorang wanita lemah-lembut dia (Saida) menjadi tidak bertanggungjawab. Saya sendiri berjumpa Saida bersama lelaki itu dalam sebuah kereta di Balakong. Saya tanya lelaki itu sama ada mengetahui Saida isteri saya.


“Apabila ditanya kepada Saida untuk apa berada di dalam kereta itu, dia memaklumkan mahu memulangkan telefon bimbit. Saya rampas telefon bimbit dan menemui SMS mengandungi perkataan ‘sayang’, ‘rindu’, dan ‘I Love You’ (Saya cinta awak). Dia keluar rumah tanpa izin saya,” 

huhuhu..biarla diorg ngan masalah diorang kan.. yg penting kepada kawan2 ku yg sudah pon berumah tangga..dan peringatan kepada aku gak, selagi kite boleh jaga perkahwinan kita ni jaga la sebaik²nya kan.. kalau cantik/cun xkekal semua tu..yg kekal dalaman kite kan.. yg berlum berkawin pon same..baik lelaki atau perempuan, pilih la pasangan tu yg suci dalaman dia..bukan muke suci dari jerawat je k.. ;)

1 comment:

hans said...

tu la pasal
senang cakap kalau dah kahwin fokus pada keluarga je lah kan

Review Filem Kongsi