Tuesday, April 19, 2011

Awas suri rumah yang bekerja!


Hai pembaca.. ;)
Stress sikit skang ni keje,xtau la apsal..huhuhu..kalau la sang suami ku bergaji besor..sudah lame ku berhenti bekerja dan hanya bekerja di rumah memproses zuriat untuk suami tersayang.. HEHEHE..
Korang tau x..skang ni masalah sakit mental meningkat kepada 15% iaitu seramai 400,000 org..dan golongon yg ramai dalam angka yg aku sebut tu adalah wanita yang berkerja dan sudah berkahwin dan menjadi punca utama adalah apabila penat yg agak terlampau dirumah serta ketidakpuasan di tempat kerja.
Satu kajian dari kementerian kesihatan pula mengatakan didapati wanita secara umumnya menghadapi stress mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding lelaki.. bak kata laki den “eleh perempuan ni suke emosi” amboi² en hubby I ni..perempuan yg emosi ni la yg dirindui kan kalau xde..HIHIHIHI
Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari. Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.
Then bila dah stress..mcm² penyakit la datang melawat kan  seperti kencing manis, sakit lutut, migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang, kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh penggunaan komputer.
Ha tgk tu ye en hubby sekalian..sila la hargai isteri anda yerk..yerk..
So ape kate en hubby tu bawak la si cik isteri bercuti rehat² kan minda.. ;)

2 comments:

zaril said...

saya sokong!!

Aisha Zakhad said...

kan..kan.. ;)bleh jadi suami yg berjaya ko ni