Friday, April 8, 2011
Penggunaan Walker
Salam semua..
Ok hari ni aku nak cerita pasal Baby Walker Kemarin aku p Jusco jalan² cari barang Riezqy, skali aku nampak la baby walker..sebelum ni mak metua aku ada tanya xnak letak dlm walker ke..tp aku cam was²..yela aku lagi byk dgr kesan negatif nya dari positif. Mulanya aku try la testing² masuk kan Riezqy dalam walker tu..skali dia gelak suka sgt²..punya la kuat gelak sampai kakak² yg kerja kat area tu semua tertumpu dekat dia sorang.. so dipendekkan cerita..aku TERBELI..TERBELI ok..HUHUHUHUHU..
Bayangkan la di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada org² yang mempunyai baby walker. Di AS plak, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker. Erm cam mane tu erk..
Sebenarnya anak² kita memang tidak digalakkan menggunakan baby walker ni..yela banyak kesan sampingannya. nak tau? jom kite check antara punca kesan sampingannya..
1. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi/ubat²).Pendek kata bila dah dapat walker ni..semua nk diusik.. Pernah gak ada kes..berlaku dkt adik sedara aku sendiri..nyaris2 kene himpap dengan TV? uihs biar betul..yela dia pi tarik2 wayar tv tu sampai bergerak kedepan..Uihs bahaye2..
2. Menurut Dr Brenda dr USa baby walker sebenarnya tak bantu kanak2 berjalan malah melambatkan perkembangan otot dan mental.. erm..
Kenapa baby walker tidak membantu?
1.Menurut sumber, kebanyakkan baby walker direka bentuk menghalang penglihatan kanak² itu melihat kaki mereka ketika menggunakanya, secara tidak langsung ia akan memperlahankan pertumbuhan pergerakkan kerana tidak berlaku ransangkan ke otak mereka.
2. Ada kajian mengatakan kanak² yang menggunakan baby walker dalam 2 jam sehari mengalami perkembangan yang lambat berbanding dengan kanak² yang tak gunakannya..
3. Kaki kanak² tidak lurus ini terjadi apabila ketika di dalam walker punggung dan lututnya membengkok dan kanak² itu mengunakan jari kaki untuk bergerak. Otot yang salah digunakan..
Erm banyak lagi cerita pasal baby walker ni sebenanye..pendek kata terpulang la pada kita..yela maybe mak² kite pulak lebih byk pengalaman kan..oleh sebab itu aku still lagi bg Riezqy masuk walker..cume xkerap dan jarang..bila time untuk main² dgn je br aku masukan dia..
tengok la betapa happy nye sayang ibu tu.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod
No comments:
Post a Comment