Perkembangaa awal kanak²
Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.
Pendapat Head Start Project
Baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu.
Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.
Tapi sumber yang aku perolehi dari hasil kajian ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962)pulak mengatakan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Biasanya, ibu bapa yang pintar akan melahirkan anak yang juga pintar. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan penyuburan fizikal/mental dipengaruhi oleh baka. Faktor baka atau keturunan dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran lagi (lebih kpd baka kan)
Tapi apa kesimpulan yang aku perolehi adalah Kepintaran anak yang serba berkebolehan, lebih kepada ransangan yang diberikan serta penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan.Yeke? ermmm..masing² ada cara tersendiri :)
Sumber diperolehi dari : http://webcache.googleusercontent.com ( Thanks knowledge yg amat berguna )
Hehehehe..comeinya pic hiasan diatas yerk..ni aktiviti mingguan kami last week.. i Love u la cayang.. ;)
No comments:
Post a Comment