Thursday, April 14, 2011

Fuyooo! Perodua - BEZZA Model

Hello²... amboi xbg salam plak cm mat salleh..huhuh.. salamekom korang.. tetibe ari ni ade free time skit terbuat lebih entry..huhuhu..ni ha pic aku dapat lame dh..tp terpikir nk share ngan korang tentang teknologi negara kite yang samakin ari semakin canggih beb!









Perodua Bezza direka dan diilhamkan 100 peratus oleh rakyat Malaysia dengan menjadikan Daihatsu Motor Company dari Jepun sebagai rakan kongsi teknikal bagi menjadikan model itu mampu berdaya saing untuk pasaran dalam dan luar negara. Perodua Bezza mempunyai kelebihan tersendiri apabila dicipta menggunakan enjin hijau masa depan, pertama seumpamanya di Malaysia. Model itu dijangka berada di pasaran pada 2015 hingga 2017. Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, pembangunan Bezza telah melepasi peringkat pertama dan akan diteruskan ke peringkat kedua dan ketiga.

Perodua Bezza merupakan sebuah kereta sedan kompak 5 tempat duduk, tampil dengan teknologi moden seperti pintu gelongsor di belakang. Bahagian dalaman juga kelihatan futuristik dan mempunyai perbezaan amat ketara berbanding model sedia ada Perodua. Di reka oleh jurutera Proton dengan diketuai oleh Ketua Pereka Muhammad Zamren Musa, Perodua telah berjaya membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa mereka juga mempunyai kemampuan membangunkan model kereta sendiri.

Ramai cakap kereta ni iras² Toyota Prius.. erm pape pon mmg the best..taniah kepada P2!

No comments: